Tuesday, April 18, 2023

JENIS - JENIS BATU BATA DAN IKATAN DINDING BATA

 

JENIS BATU BATA

Dalam pembinaan bangunan, dinding dibina menggunakan batu bata. Batu bata haruslah mempunyai ketahanan yang cukup dalam menampung daya yang diperlukan. Terdapat berbagai jenis batu bata yang biasa digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia antaranya ialah:-

1. Normal Brick / Batu bata biasa

    Batu bata biasa ini biasanya diperbuat daripada 2 jenis bahan iaitu campuran tanah liat (clay brick)        dan juga campuran simen dan pasir (cement and sand brick). batu bata ini sesuai digunakan untuk        kegunaan     am sama ada untuk dinding bangunan, dinding dinding penahan (Retaining Wall) atau        dinding - dinding     yang akhirnya akan di plaster. Batu bata perlulah mempunyai ketahanan yang        cukup terutamanya               terhadap Api. 


   Ukuran standard Batu Bata 

2. Batu Muka / Facing Brick

    Batu bata jenis ini biasanya mempunyai spesifikasi yang sama dengan Batu bata biasa akan tetapi        mempunya permukaan kemasan yang lebih licin dan cantik. Disebabkan permukaan batu bata ini            licin dan cantik, ianya tidak perlu dilepa (plaster).

3. Batu Kejuruteraan / Engineering Brick

    Batu Bata jenis ini biasanya diperbuat hasil dari tanah liat bermutu dan juga bahan - bahan tambahan     yang lain. Ianya bertujuan untuk kerja-kerja binaan yang berat dan memerlukan kekuatan bebanan        yang besar, padat dan tidak serap air. Digunakan pada kerja-kerja kejuruteraan bawah tanah yang            menerima beban yang tinggi sebagai struktur utama atau struktur dinding yang terdedah kepada            kesan cuaca dan suhu yang berbeza.

4. Batu Tahan Api / Fire Block

    Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong,            dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan Batu bata ini dibuat     daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.

Terdapat berbagai lagi jenis batu bata yang ada sekarang seperti batu bata jenis AAC (Autoclaved Aerated Concrete), dan juga batu bata jenis ringan yang terdapat dipasaran.


JENIS IKATAN DINDING BATA    

Dalam membina sesebuah bangunan, jenis ikatan batu bata mempengaruhi rekabentuk bagi sebuah bangunan. Terdapat beberapa jenis ikatan batu bata yang biasa digunakan di dalam industri binaan Malaysia antaranya ialah:-

1. Ikatan Sisi Bata
2. Ikatan Kepala Bata
3. Ikatan Inggeris
4. Ikatan Flemish

    

Tuesday, January 3, 2023

Material On Site / Barang Tidak Pasang di Tapak


Kebiasaannya, setiap projek binaan memerlukan ruang atau bilik khas yang digunakan untuk menyimpan barang - barang yang sudah sampai di tapak binaan tetapi belum dipasang. Dalam istilah pembinaan, ianya dipanggil Barang tidak pasang di tapak. Kontrakor biasanya akan membuat pesanan dengan pihak pembekal untuk barang - barang tertentu seperti Besi Tetulang, Batu Bata, Simen dan lain - lain lebih awal bagi mengelakkan kenaikan harga di pasaran. Barang ini kemudian akan dihantar ke tapak dahulu bagi mengelakkan lambakan di tempat pembekal. 

Dalam sesebuah projek binaan, Kontaktor dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi barang - barang ini setelah barang ini sampai ditapak. Jumlah tuntutan ini akan dikira berdasarkan nilai peratus yang telah dinyatakan dalam Kontrak atau semasa Tender. Kebiasaannya, nilai peratus yang digunakan adalam sebanyak 90% atau 75%.

Bagi tuntutan ini, pihak Kontraktor akan membuat tuntutan awal kepada pihak Perunding QS atau Klien dengan menghantar Tuntutan bulanan beserta "Delivery Order' (D.O) dalam tuntutan tersebut. dalam D.O tersebut ada dinyatakan berapa jumlah kuantiti barang yang telah sampai ditapak dengan pengesahan wakil tapak dari pihak Klien atau Perunding. Kemudian, pihak Perunding QS atau Klien akan membuat penilaian ditapak dengan mengesahkan bahawa kuantiti tersebut adalah seperti yang dinyatakan didalam D.O. jika barang tersebut telah digunakan ditapak, kuantiti tersebut akan berkurangan didalam penilaian tapak yang seterusnya. 

Barang Tidak Pasang di Tapak ini ada dinyatakan didalam Syarat - syarat Kontrak seperti dalam JKR PWD dan juga dalam PAM serta syarat - syarat Kontrak yang lain.

Contoh Pengiraan Materials On Site






Wednesday, August 10, 2022

Facilities Management and Maintenance Contract (FMM)

Facilities Management and Maintenance atau Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan 

Pengurusan Fasiliti menyentuh kepada 3 elemen utama iaitu pengurusan manusia, tempat dan proses. Pengurusan fasiliti dan penyenggaraan (FMM) boleh dibuat secara dalaman yang mana Klien boleh menggunakan tenaga pekerja sedia ada atau boleh dipanggil secara tender dengan melalui proses perolehan tertentu. 
Sekiranya Klien memilih untuk memanggil pihak luar melaksanakan FMM, Klien hendaklah menjalankan proses perolehan seperti biasa iaitu perancangan dan kawalan kos, penyediaan dokumen tender, pelawaan tender, penilaian dan lantikan kontraktor. 

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah mengeluarkan satu borang kontrak khas untuk diguna pakai dalam kontrak pengurusan fasiliti dan penyenggaraan. Borang kontrak piawai yang dikenali sebagai PWD Facilities Management and Maintenance (FMM) 2016 Form of Contract ini telah digunapakai oleh JKR untuk premis kerajaan bagi tempoh kontrak yang tidak melebihi 7 tahun. Borang kontrak ini mempunyai 62 klausa yang menerangkan hak dan tanggunjawab pihak-pihak yang berkontrak disamping remedi disebabkan pelanggaran kontrak atau kegagalan pihak-pihak yang berkontrak menunaikan obligasi masing-masing. Antara klausa-klausa yang terdapat dalam borang kontrak ini ialah Facilities Management Plan, Performance Requirement, Schedule of Price, Facilties Manager, Facilities Superintending Officer (FSO), Suspension of FMM Services, Termination dan lain-lain

Borang Kontrak PWD FMM 2016 ini perlu dibaca bersama-sama dengan 10 lampiran-lampiran lain. Lampiran-Lampiran kepada Syarat-Syarat Kontrak ialah:

Appendix 1            Form of Tender

Appendix 2            Letter of Acceptance of Tender

Appendix 3            Summary of Tender

Appendix 4            Schedule of Price

Appendix 5            Appendix to Condition of Contract

Appendix 6            Treasury's Instruction

          Appendix 7            Government's Requirement

                                            7A: FMM technical Specification

                                            7B: Performance Requirement

        Appendix 8            Site Information and Asset Inventories

        Appendix 9            Form of Guarantee for Performance Bond

        Appendix 10          Scope of FMM Services

Sebagai seorang Juruukur Bahan, pengetahuan mengenai FMM adalah penting kerana juruukur bahan akan terlibat dari peringkat pra kontrak sehingga pasca kontrak. Juruukur Bahan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kontrak FMM sama ada dari segi pemantauan kemajuan kewangan kontraktor, penilaian bayaran bulanan, pengiraan untuk penolakan Ascertain Performance Deduction (APD),  penyediaan akaun muktamad dan bertanggunjawab memberikan khidmat nasihat kepada Klien apa-apa berkaitan kontrak. 

Pentadbiran kontrak FMM mempunyai perbezaan ketara dari segi pengukuran prestasi kontrakor dan kaedah penyediaan bayaran bulanan. Justeru adalah penting sebagai seorang Juruukur Bahan menguasai dan memahami kandungan borang kontrak piawai ini bagi memastikan kontrak pengurusan fasiliti dan penyenggaraan dapat ditadbir dengan baik. 




                                                                                                 By; Sr Siti Haizan Azmi




Thursday, December 26, 2019

Bagaimana Untuk Mengira Besi Dalam Kilogram


Dalam Senarai Kuantiti, Besi dikira dalam Kilogram.

Berikut merupakan cara - cara untuk menukar kuantiti Besi dari Meter kepada Kilogram.

Untuk makluman, ketumpatan besi adalah 7850kg/m3

Oleh yang demikian, untuk mendapatkan berat besi dalam 1 meter, isipadu besi perlu dikira dahulu.

dibawah merupakan formula untuk menukar besi dari Meter kepada Kilogram;-


a) Kubus atau Kuboid


    - Panjang (L) x Lebar (W) x Tinggi (H) x 7850kg/m3

atau

b) Silinder


  - π x Jejari (dalam meter) x Jejari (dalam meter) x Tinggi (H) x 7850kg/m3






Tuesday, July 23, 2019

WIRE MESH


Sebenarnya, BRC adalah nama Syarikat Pengeluar Mesh (British Reinforcement Company Ltd)

Wire Mesh BRC adalah bahan tetulang keluli dalam konkrit. Ia digunakan untuk menggantikan "Steel Reinforcemen" tradisional. BRC Mesh adalah gabungan besi yang dikimpal  yang terdiri daripada satu siri kabel longitudinal selari dengan jarak serta dikimpal dengan wayar melintang pada jarak yang diperlukan. Produk ini menghasilkan penjimatan yang besar dalam masa, buruh dan wang.


Di bawah merupakan Saiz Mesh yang ada digunakan di Malaysia


Specification
Fabric Reference
Longitudinal Wire
Cross Wire
Steel Area (mm²/m)
Nominal Mass per Square Meter (kg/m²)
Diameter
(mm)
Spacing
(mm)
Diameter
(mm)
Spacing
(mm)
Main
(mm)
Cross
(mm)
Square Mesh
A12
12
200
12
200
565
565
8.88
A11
11
200
11
200
475
475
7.46
A10
10
200
10
200
393
393
6.16
A9
9
200
9
200
318
318
4.99
A8
8
200
8
200
252
252
3.95
A7
7
200
7
200
193
193
3.02
A6
6
200
6
200
142
142
2.22
A5
5
200
5
200
98
98
1.54
A4
4
200
4
200
68
68
0.99
Rectangular Mesh
B12
12
100
8
200
1131
252
10.90
B11
11
100
8
200
950
252
9.44
B10
10
100
8
200
785
252
8.14
B9
9
100
8
200
636
252
6.97
B8
8
100
8
200
503
252
5.93
B7
7
100
7
200
385
193
4.53
B6
6
100
7
200
283
193
3.73
B5
5
100
7
200
196
193
3.05
Long Mesh
C12
12
100
8
400
1131
126
9.87
C11
11
100
8
400
950
126
8.44
C10
10
100
6
400
785
71
6.72
C9
9
100
6
400
636
71
5.55
C8
8
100
5
400
503
49
4.34
C7
7
100
5
400
385
49
3.41
C6
6
100
5
400
283
49
2.61
C5
5
100
5
400
196
49
1.93
Small Square Mesh
D12
12
100
12
100
1131
1131
17.76
D11
11
100
11
100
950
950
14.91
D10
10
100
10
100
785
785
12.32
D9
9
100
9
100
636
636
9.98
D8
8
100
8
100
503
503
7.90
D7
7
100
7
100
385
385
6.04
D6
6
100
6
100
283
283
4.44
D5
5
100
5
100
196
196
3.08
D4
4
100
4
100
126
126
1.97