Asas Pengenalan Piling.
Piling adalah salah satu cara untuk memindahkan beban (Load) sesebuah bangunan ke bawah tanah. Piling perlu dibina menggunaka bahan yang tahan sebagai contoh, RC Pile menggunakan konkrit Gred 45 minimum supaya ianya tahan dan tidak mudah retak atau pecah jika ditanam di dalam tanah. Selain itu, Besi tetulang juga diperlukan supaya binaan piling menjadi lebih kukuh.
Rajah dibawah menunjukkan keratan tipikal bagi Pile.
Keratan Tipikal Pile
Pile Head & Pile Shoe
1) Timber Pile
2) RC Pile
3) Bore Pile
4) Spun Pile
5) Prestressed Concrete Pile
6) Sheet Pile
7) Steel Pile
1) Timber Pile
Piling ini merupakan piling yang paling jimat kerana digunakan untuk struktur binaan yang ringan atau load yang struktur yang ringan seperti rumah satu tingkat. antara jenis kayu yang digunakan adalah Bakau. Ini kerana Bakau adalah kayu yang tahan dengan air. Akan tetapi, Timber Pile kini tidak sesuai lagi digunakan di Industri pembinaan di Malaysia.
Antara mesin yang digunakan untuk melantak Bakau Pile
2) RC Pile
Reinforced Concrete Pile
RC Pile adalah singkatan kepada Reinforced Concrete Pile yang kebanyakan industri pembinaan di Malaysia digunakan. Ini kerana ianya murah dan mudah didapati. Ini kerana struktur tanah kebanyakan di Malaysia yang sederhana menyebabkan kebolehan menggunakan Cara piling ini. Terdapat beberapa saiz standard yang biasa digunakan dalam Industri pembinaan iaitu:-
a) 150mm x 150mm
b) 200mm x 200mm
c) 250mm x x250mm
d) 275mm x 275mm
e) 300mm x 300mm
Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Pile ini dimasukkan didalam tanah dengan menggunakan beberapa mesin iaitu Pile Hammer dan juga Vibrator (jika di kawasan bandar)
Pile yang telah siap ditanam
3) Bore Pile
Piling jenis ini merupakan antara Piling yang popular di Malaysia kerana harganya yang mahal. Cara pembinaannya juga sukar. Piling ini biasa digunakan jika ditempat yang mempunyai struktur tanah yang keras dan berbatu.
Cara - Cara Asas Pembinaan Bore Pile
4) Spun Pile
Spun Pile
Piling jenis ini adalah seperti RC Pile akan tetapi ianya berbentuk Silinder. Cara menanam piling ini adalah melalui hentakan menggunakan Hammer dan juga menggunakan bore. Terdapat beberapa saiz standard yang biasanya digunakan di Malaysia iaitu:-
a) 450mm Diameter
b) 500mm Diameter
c) 600mm Diameter
Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Piling ini dikatakan lebih tahan berbanding RC Pile berdasarkan strukturnya yang kosong ditengah.
Keratan Bagi Spun Pile
5) Prestressed Concrete Pile
Piling Jenis ini pula masih lagi kurang diaplikasikan di Malaysia. Piling jenis ini merupakan antara Piling yang paling mahal berdasarkan cara pembuatannya sama ada dari kilang, mahupun di tapak. Biasanya, mereka yang bergelar 'Specialist' dan mempunyai lesen sahaja yang boleh menggunakan piling jenis ini. Biasanya, Spun Pile adalah dari Jenis Pile ini.
6) Sheet Pile
Sheet Pile
Piling jenis ini biasanya digunakan untk menahan tanah dan juga air. Ianya juga digelar 'Retaining Wall' berdasarkan bentuk rupanya. Sheet pile bole digunakan secara sementara mahupun kekal. Sheet Pile sangat mahal tetapi sangat tahan dan berkesan dalam menahan tanah mahupun air. Cara pembinaan Piling ini juga melalui cara Hentakan menggunakan Hammer ataupun Vibrator. Ianya sangat sesuai dalam pembinaan Basement dan juga dinding penahan Ombak.
Temporary Sheet Pile
Permanent Sheet Pile
7) Steel Pile
Antara Piling yang paling jarang digunakan kerana mahal dan tidak ekonomikal. Cara pembinaannya sama seperti RC Pile.
Penerangan mendalam akan diterangkan pada post yang akan datang
Note:- Post ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, jika terdapat sebarang masalah, sila emelkan kepada saya.