Monday, July 28, 2014

BEAM (RASUK)

Beam atau Rasuk kerap sangat penting dalam pembinaan bangunan.
ianya adalah Struktur horizontal elemen yang memindahkan beban disamping menampung beban mati ataupun beban hidup. Saya bukan dalam bidang Jurutera Awam. Oleh yang demikian, maklumat yang saya kemukakan hanyalah maklumat asas sahaja.  (maklumat terperinci boleh rujuk dengan Engineer)

Terdapat 3 jenis beam yang digunakan di Malaysia iaitu :-

1) Beam Kayu
2) Reinforced Concrete Beam
3) Steel Beam.
4) Prestressed Concrete beam
5) Post Tension Concrete Beam




Jenis - jenis beam / rasuk


1. Beam Kayu

Beam ini banyak digunakan dalam pembinaan bangunan yang diperbuat daripada kayu seperti rumah papan, rumah kayu, atau lebih mudah rumah - rumah kampung lama. Terdapat juga jeti - jeti, jambatan kayu yang diperbuat daripada kayu. ini kerana kos pembinaannya lebih murah. Akan tetapi, daya ketahanannya tidak sekuat R.C Beam. Oleh sebab itu, ianya banyak digunakan dalam pembinaan yang akan menampung beban yang kurang. Saya belum lagi berpeluang membina bangunan menggunakan beam kayu.



2. Reinforced Concrete Beam.

Beam jenis ini banyak digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia. Asas dalam pembinaan Beam ini adalah Concrete, Besi (Reinforcement) / Formwork (Acuan). 

3. Steel Beam

Biasanya digunakan pada bangunan yang memerlukan keluasan yang besar seperti Kilang, Dewan, Tempat Letak Kereta dan sebagainya.


I - Beam

4. Prestressed Concrete Beam




5. Post Tensioned Beam



Nota: Akan diupdate lagi

Sunday, June 22, 2014

COFFERDAM


COFFERDAM

Cofferdam bertindak sebagai dinding penahan sama ada dalam bentuk sementara 'Temporary'

Ianya seringkali direka untuk menahan:

1. Tanah (Bertindak untuk menahan air memasuki kawasan pembinaan)
2. Air

Supaya ruang kerja pembinaan berada dalam keadaan kering.

Cofferdam adalah sejenis pembinaan kedap air yang direka untuk memudahkan projek pembinaan di kawasan-kawasan yang biasanya ditenggelami air, seperti jambatan dan jeti. Ianya dipasang di kawasan kerja dan air dipam keluar untuk memberi ruang yang kering supaya pekerja boleh membina sokongan struktur, membuat kerja baik pulih, atau melaksanakan lain-lain jenis kerja dalam persekitaran yang kering. Di beberapa kawasan di dunia, pembinaan ini adalah lebih dikenali sebagai caisson. Bekerja di dalam cofferdam boleh menjadi berbahaya jika ia dipasang secara tidak wajar atau tidak selamat, akan tetapi kemajuan dalam bidang kejuruteraan telah meningkatkan tahap keselamatan untuk pekerja yang menggunakan persekitaran kerja yang unik ini.

Pelbagai bahan boleh digunakan untuk membina cofferdam. Walaupun ianya bertindak sebagai satu struktur sementara, ianya mestilah bertindak sebagai dinding penahan air dan juga menahan tekanan yang sangat tinggi untuk menjadikan ianya selamat dan pembinaan ini sering digunakan sebagai projek bagi jurutera  untuk meningkatkan tahap kemahiran mereka. Jenis yang paling asas menggunakan sheet pile. Seterusnya, pam digunakan untuk menarik air keluar daripada dinding penahan supaya ianya sentiasa kering. Ada yang dibina dari kayu atau konkrit, sementara yang lain menggunakan mekanisma yang diperbuat daripada bahan-bahan agregat di antara kedua-dua dinding.

Terdapat beberapa jenis Cofferdam yang dibina iaitu:-

1. Sheet Pile
2. Konvensional Tanah
3. Besi
4. Kayu



Sheet Pile

Pembinaan Cofferdam menggunakan Sheet Pile amat popular di buat masa kini terutama di Malaysia.





Cara - cara pembinaan adalah sama seperti dalam http://malaysiaconstructionindustry.blogspot.com/2012/04/jenis-jenis-piling-cerucuk.html

Cara pembinaan Sheet Pile

Konvensional Tanah

Cara yang paling lama digunakan. Menggunakan tanah yang bertindak sebagai dinding penahan.





Besi

Biasanya digunakan untuk membina struktur yang kecil kerana memerlukan kos yang mahal selain peralatan mengangkut yang lebih besar untuk mengangkat. Akan tetapi ianya sangat berkesan untuk pembinaan yang memerlukan masa yang singkat. Biasanya berbentuk seperti Formwork (Besi)



Kayu

Tidak sesuai digunakan ditempat yang bertekanan tinggi. Akan tetapi, kos pembinaan tidak terlalu mahal. Ianya juga antara cara yang terawal digunakan selepas cara konvensional menggunakan tanah.