Friday, June 8, 2012

FOUNDATION (ASAS)

Di Malaysia, Terdapat 4 jenis Foundation (Asas) yang biasa digunakan iaitu:-

1) Pad Foundation (Asas Pad)
2) Strip Foundation
3) Raft Foundation (Asas Rakit)
4) Pile Cap


_________________________________________________________________________________

1) Pad Foundation


Pad Foundation

- Merupakan Foundation yang paling banyak digunakan selain 'Pile Cap'
- Foundation yang paling mudah dan ringkas, tetapi boleh direka dalam bentuk - bentuk selain daripada segi  empat. 
- Saiznya boleh mencapai 2 Meter < panjang, lebar dan tinggi dan direka untuk menampung beban yang diperlukan.
- Kebanyakannya digunakan untuk rumah atau bangunan yang ringkas serta tidak melebihi 2 tingkat.
- Sesuai untuk tanah yang tidak terlalu lembut.
- Lebih ekonomikal berbanding Foundation yang lain.


Pad Foundation yang telah siap.

2) Strip Foundation



Strip Foundation

- Berbentuk memanjang dan biasa digunakan jika tidak terdapat Beam / Rasuk
- Kebiasaannya berada dibawah dinding seperti di dalam gambar. (Load Bearing Wall)
- Amat jarang digunakan di Malaysia kerana keadaan Tanah yang kurang sesuai.



Strip Footing Basic Design



Strip Foundation yang telah siap

3) Raft Foundation




Raft Foundation

- Antara rekabentuk yang ekonomikal jika dibandingkan dengan menggunakan Piling.
- Banyak digunakan dalam pembinaan rumah teres, banglo serta bangunan yang tinggi tidak melebihi 2 tingkat.
- Digunakan di kawasan tanah yang keras kerana rekabentuk strukturnya.
- Jika sesebuah bangunan tersebut menggunakan Raft Foundation, secara tidak langsung, ianya akan menjadi lantai bagi bangunan tersebut.
- Ekonomikal kerana tidak banyak menggunakan konkrit dan besi.



Raft Foundation yang telah siap

4) Pile Cap



Reka Bentuk Asas Pile Cap


- Sebenarnya ianya bukan dalam kategori Foundation. Tetapi asas pembinaannya adalah sama dengan Pad Foundation, tetapi mempunyai Piling di bawahnya.