Sunday, September 9, 2012

WALLS BELOW GROUND & BASEMENT

Kini, bagi mengurangkan masalah kekurangan tempat meletak kenderaan, kebanyakkan bangunan menggunakkan 'Basement' sebagai ruangan meletak kenderaan terutama bagi bangunan Apartment, Shopping Complex, Bangunan Kerajaan, dan sebagainya. Berbagai - bagi cara digunakan dalam merekabentuk dinding bawah tanah ini bertujuan untuk mengukuhkan lagi struktur dinding sekaligus menjimatkan kos. Dalam pembinaan dinding bawah tanah ini, terdapat beberapa faktor perlu diambil kira seperti :-

1. Structural stability
2. Durability
3. Moisture exclusion
4. Buildability

Bagi penambahan lain seperti Acoustic dan Thermal Insulation, perkara - perkara lain perlu diambil kira mengikut keperluan bangunan itu sendiri.




Basic Basement Construction


Basement pula dibahagikan kepada beberapa Gred mengikut keperluan bangunan itu sendiri. Sila rujuk rajah dibawah :-


Sumber :Construction technology 2 Industrial and commercial building

Dalam pembinaan Basement serta dinding bawah tanah, bahan yang paling penting dalam pembinaan ini adalah 'Waterproofing'. Ianya penting bagi mengelakkan kemasukan air terutama air dari bawah tanah kedalam basement. Dinding basement yang bocor akan menyebabkan kegagalan struktur basement sekaligus  akan menyebabkan pengaratan (Corrosion), air bertakung, kulat, etc.

Terdapat 3 Jenis pembinaan Waterproofing seperti :-




Jenis A : Lapisan membrane dibuat didinding basement serta lantai bagi mengelakkan air memasuki dinding basement. Jenis ini merupakan jenis yang kerap digunakan dalam industri binaan Malaysia. Ianya sangat sesuai bagi Carpark basement berikutan harga yang lebih ekonomikal.



Jenis B : Jenis ini pula banyak digunakan dalam pembinaan Swimming Pool. Concrete yang digunakan dicampur dengan bahan kalis air sekaligus menghalang air memasuki dinding. Jenis ini kurang digunakan kerana Struktur Concrete itu sendiri kerap kali bocor @ Crack.



Complete waterproofing System







Friday, June 8, 2012

FOUNDATION (ASAS)

Di Malaysia, Terdapat 4 jenis Foundation (Asas) yang biasa digunakan iaitu:-

1) Pad Foundation (Asas Pad)
2) Strip Foundation
3) Raft Foundation (Asas Rakit)
4) Pile Cap


_________________________________________________________________________________

1) Pad Foundation


Pad Foundation

- Merupakan Foundation yang paling banyak digunakan selain 'Pile Cap'
- Foundation yang paling mudah dan ringkas, tetapi boleh direka dalam bentuk - bentuk selain daripada segi  empat. 
- Saiznya boleh mencapai 2 Meter < panjang, lebar dan tinggi dan direka untuk menampung beban yang diperlukan.
- Kebanyakannya digunakan untuk rumah atau bangunan yang ringkas serta tidak melebihi 2 tingkat.
- Sesuai untuk tanah yang tidak terlalu lembut.
- Lebih ekonomikal berbanding Foundation yang lain.


Pad Foundation yang telah siap.

2) Strip Foundation



Strip Foundation

- Berbentuk memanjang dan biasa digunakan jika tidak terdapat Beam / Rasuk
- Kebiasaannya berada dibawah dinding seperti di dalam gambar. (Load Bearing Wall)
- Amat jarang digunakan di Malaysia kerana keadaan Tanah yang kurang sesuai.



Strip Footing Basic Design



Strip Foundation yang telah siap

3) Raft Foundation




Raft Foundation

- Antara rekabentuk yang ekonomikal jika dibandingkan dengan menggunakan Piling.
- Banyak digunakan dalam pembinaan rumah teres, banglo serta bangunan yang tinggi tidak melebihi 2 tingkat.
- Digunakan di kawasan tanah yang keras kerana rekabentuk strukturnya.
- Jika sesebuah bangunan tersebut menggunakan Raft Foundation, secara tidak langsung, ianya akan menjadi lantai bagi bangunan tersebut.
- Ekonomikal kerana tidak banyak menggunakan konkrit dan besi.



Raft Foundation yang telah siap

4) Pile Cap



Reka Bentuk Asas Pile Cap


- Sebenarnya ianya bukan dalam kategori Foundation. Tetapi asas pembinaannya adalah sama dengan Pad Foundation, tetapi mempunyai Piling di bawahnya.








Tuesday, April 10, 2012

PILING (CERUCUK)




Asas Pengenalan Piling.

Piling adalah salah satu cara untuk memindahkan beban (Load) sesebuah bangunan ke bawah tanah. Piling perlu dibina menggunaka bahan yang tahan sebagai contoh, RC Pile menggunakan konkrit Gred 45 minimum supaya ianya tahan dan tidak mudah retak atau pecah jika ditanam di dalam tanah. Selain itu, Besi tetulang juga diperlukan supaya binaan piling menjadi lebih kukuh.

Rajah dibawah menunjukkan keratan tipikal bagi Pile.




Keratan Tipikal Pile




Pile Head & Pile Shoe


Di Malaysia, terdapat beberapa jenis Piling yang biasa digunakan iaitu

1) Timber Pile
2) RC Pile
3) Bore Pile
4) Spun Pile
5) Prestressed Concrete Pile
6) Sheet Pile
7) Steel Pile


1) Timber Pile



Piling ini merupakan piling yang paling jimat kerana digunakan untuk struktur binaan yang ringan atau load yang struktur yang ringan seperti rumah satu tingkat. antara jenis kayu yang digunakan adalah Bakau. Ini kerana Bakau adalah kayu yang tahan dengan air. Akan tetapi, Timber Pile kini tidak sesuai lagi digunakan di Industri pembinaan di Malaysia.





Antara mesin yang digunakan untuk melantak Bakau Pile


2) RC Pile




Reinforced Concrete Pile


RC Pile adalah singkatan kepada Reinforced Concrete Pile yang kebanyakan industri pembinaan di Malaysia digunakan. Ini kerana ianya murah dan mudah didapati. Ini kerana struktur tanah kebanyakan di Malaysia yang sederhana menyebabkan kebolehan menggunakan Cara piling ini. Terdapat beberapa saiz standard yang biasa digunakan dalam Industri pembinaan iaitu:-

a) 150mm x 150mm
b) 200mm x 200mm
c) 250mm x x250mm
d) 275mm x 275mm
e) 300mm x 300mm

Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Pile ini dimasukkan didalam tanah dengan menggunakan beberapa mesin iaitu Pile Hammer dan juga Vibrator (jika di kawasan bandar)




Pile ditanam dengan menggunakan Hammer



Pile yang telah siap ditanam

3) Bore Pile

Piling jenis ini merupakan antara Piling yang popular di Malaysia kerana harganya yang mahal. Cara pembinaannya juga sukar. Piling ini biasa digunakan jika ditempat yang mempunyai struktur tanah yang keras dan berbatu.



Cara - Cara Asas Pembinaan Bore Pile


4) Spun Pile



Spun Pile

Piling jenis ini adalah seperti RC Pile akan tetapi ianya berbentuk Silinder. Cara menanam piling ini adalah melalui hentakan menggunakan Hammer dan juga menggunakan bore. Terdapat beberapa saiz standard yang biasanya digunakan di Malaysia iaitu:-

a) 450mm Diameter
b) 500mm Diameter
c) 600mm Diameter



Kaedah melantak Spun Pile (Raked)


Panjang yang biasanya ada dipasaran adalah sepanjang 3m, 6m, 9m dan 12m. Piling ini dikatakan lebih tahan berbanding RC Pile berdasarkan strukturnya yang kosong ditengah.


Image Detail
Keratan Bagi Spun Pile

5) Prestressed Concrete Pile

Piling Jenis ini pula masih lagi kurang diaplikasikan di Malaysia. Piling jenis ini merupakan antara Piling yang paling mahal berdasarkan cara pembuatannya sama ada dari kilang, mahupun di tapak. Biasanya, mereka yang bergelar 'Specialist' dan mempunyai lesen sahaja yang boleh menggunakan piling jenis ini. Biasanya, Spun Pile adalah dari Jenis Pile ini.

6) Sheet Pile


Sheet Pile


Piling jenis ini biasanya digunakan untk menahan tanah dan juga air. Ianya juga digelar 'Retaining Wall' berdasarkan bentuk rupanya. Sheet pile bole digunakan secara sementara mahupun kekal. Sheet Pile sangat mahal tetapi sangat tahan dan berkesan dalam menahan tanah mahupun air. Cara pembinaan Piling ini juga melalui cara Hentakan menggunakan Hammer ataupun Vibrator. Ianya sangat sesuai dalam pembinaan Basement dan juga dinding penahan Ombak.

Image Detail
Temporary Sheet Pile



Permanent Sheet Pile



7) Steel Pile

Antara Piling yang paling jarang digunakan kerana mahal dan tidak ekonomikal. Cara pembinaannya sama seperti RC Pile.


Penerangan mendalam akan diterangkan pada post yang akan datang

Note:- Post ini akan dikemaskini dari masa ke semasa, jika terdapat sebarang masalah, sila emelkan kepada saya.