Wednesday, August 10, 2022

Facilities Management and Maintenance Contract (FMM)

Facilities Management and Maintenance atau Pengurusan Fasiliti dan Penyenggaraan 

Pengurusan Fasiliti menyentuh kepada 3 elemen utama iaitu pengurusan manusia, tempat dan proses. Pengurusan fasiliti dan penyenggaraan (FMM) boleh dibuat secara dalaman yang mana Klien boleh menggunakan tenaga pekerja sedia ada atau boleh dipanggil secara tender dengan melalui proses perolehan tertentu. 
Sekiranya Klien memilih untuk memanggil pihak luar melaksanakan FMM, Klien hendaklah menjalankan proses perolehan seperti biasa iaitu perancangan dan kawalan kos, penyediaan dokumen tender, pelawaan tender, penilaian dan lantikan kontraktor. 

Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) telah mengeluarkan satu borang kontrak khas untuk diguna pakai dalam kontrak pengurusan fasiliti dan penyenggaraan. Borang kontrak piawai yang dikenali sebagai PWD Facilities Management and Maintenance (FMM) 2016 Form of Contract ini telah digunapakai oleh JKR untuk premis kerajaan bagi tempoh kontrak yang tidak melebihi 7 tahun. Borang kontrak ini mempunyai 62 klausa yang menerangkan hak dan tanggunjawab pihak-pihak yang berkontrak disamping remedi disebabkan pelanggaran kontrak atau kegagalan pihak-pihak yang berkontrak menunaikan obligasi masing-masing. Antara klausa-klausa yang terdapat dalam borang kontrak ini ialah Facilities Management Plan, Performance Requirement, Schedule of Price, Facilties Manager, Facilities Superintending Officer (FSO), Suspension of FMM Services, Termination dan lain-lain

Borang Kontrak PWD FMM 2016 ini perlu dibaca bersama-sama dengan 10 lampiran-lampiran lain. Lampiran-Lampiran kepada Syarat-Syarat Kontrak ialah:

Appendix 1            Form of Tender

Appendix 2            Letter of Acceptance of Tender

Appendix 3            Summary of Tender

Appendix 4            Schedule of Price

Appendix 5            Appendix to Condition of Contract

Appendix 6            Treasury's Instruction

          Appendix 7            Government's Requirement

                                            7A: FMM technical Specification

                                            7B: Performance Requirement

        Appendix 8            Site Information and Asset Inventories

        Appendix 9            Form of Guarantee for Performance Bond

        Appendix 10          Scope of FMM Services

Sebagai seorang Juruukur Bahan, pengetahuan mengenai FMM adalah penting kerana juruukur bahan akan terlibat dari peringkat pra kontrak sehingga pasca kontrak. Juruukur Bahan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kontrak FMM sama ada dari segi pemantauan kemajuan kewangan kontraktor, penilaian bayaran bulanan, pengiraan untuk penolakan Ascertain Performance Deduction (APD),  penyediaan akaun muktamad dan bertanggunjawab memberikan khidmat nasihat kepada Klien apa-apa berkaitan kontrak. 

Pentadbiran kontrak FMM mempunyai perbezaan ketara dari segi pengukuran prestasi kontrakor dan kaedah penyediaan bayaran bulanan. Justeru adalah penting sebagai seorang Juruukur Bahan menguasai dan memahami kandungan borang kontrak piawai ini bagi memastikan kontrak pengurusan fasiliti dan penyenggaraan dapat ditadbir dengan baik. 




                                                                                                 By; Sr Siti Haizan Azmi