Sunday, July 17, 2016

Keluasan Lantai Kasar (Gross Floor Area - GFA)


Keluasan Lantai Kasar sangat penting dalam menentukan Sesebuah bangunan termasuklah dalam pengiraan bajet sesebuah projek. Ini kerana sebelum rekabentuk sesebuah bangunan dimuktamadkan, kos per GFA akan diambil kira terlebih dahulu bagi menentukan keberkesanan sesebuah projek.

Luas lantai kasar juga dikira berlainan bagi sesebuah tempat atau Negara. Bukan itu sahaja, cara pengiraan ini juga didapati berbeza diantara Arkitek dan juga Juruukur Bahan.

Definisi Luas Lantai Kasar:

1 : Luas lantai kasar (GFA) adalah keluasan lantai keseluruhan di dalam bangunan yang dikira termasuk dinding luar, dan tidak termasuk luas bumbung.

2 : "All covered floor areas of a building, except otherwise exempted, and
uncovered areas for commercial uses are deemed the gross floor area of the
building for purposes of plot ratio control and development charge. The gross
floor area is the total area of the covered floor space measured between the
centre line of party walls, including the thickness of external walls but excluding
voids. Accessibility and usability are not criteria for exclusion from GFA."

Sumber dari : https://www.ura.gov.sg/uol/publications/technical/dc-handbooks/handbook-on-gross-floor-area.aspx

Ini bermakna, Luas Lantai Kasar boleh dikira berdasarkan kawasan yang ditutupi oleh dinding dan tiang. Kawasan yang ditutupi oleh bumbung sahaja tidak bole diambil kira sebagai GFA.


Bagi kawasan Lopong, (Void) ianya tidak dikira sebagai GFA. Akan tetapi, pada pendapat saya, bagi kawasan Tangga, ianya dikira sebagai GFA. (Rujuk gambarajah atas)

4 comments: