Tuesday, January 3, 2023

Material On Site / Barang Tidak Pasang di Tapak


Kebiasaannya, setiap projek binaan memerlukan ruang atau bilik khas yang digunakan untuk menyimpan barang - barang yang sudah sampai di tapak binaan tetapi belum dipasang. Dalam istilah pembinaan, ianya dipanggil Barang tidak pasang di tapak. Kontrakor biasanya akan membuat pesanan dengan pihak pembekal untuk barang - barang tertentu seperti Besi Tetulang, Batu Bata, Simen dan lain - lain lebih awal bagi mengelakkan kenaikan harga di pasaran. Barang ini kemudian akan dihantar ke tapak dahulu bagi mengelakkan lambakan di tempat pembekal. 

Dalam sesebuah projek binaan, Kontaktor dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi barang - barang ini setelah barang ini sampai ditapak. Jumlah tuntutan ini akan dikira berdasarkan nilai peratus yang telah dinyatakan dalam Kontrak atau semasa Tender. Kebiasaannya, nilai peratus yang digunakan adalam sebanyak 90% atau 75%.

Bagi tuntutan ini, pihak Kontraktor akan membuat tuntutan awal kepada pihak Perunding QS atau Klien dengan menghantar Tuntutan bulanan beserta "Delivery Order' (D.O) dalam tuntutan tersebut. dalam D.O tersebut ada dinyatakan berapa jumlah kuantiti barang yang telah sampai ditapak dengan pengesahan wakil tapak dari pihak Klien atau Perunding. Kemudian, pihak Perunding QS atau Klien akan membuat penilaian ditapak dengan mengesahkan bahawa kuantiti tersebut adalah seperti yang dinyatakan didalam D.O. jika barang tersebut telah digunakan ditapak, kuantiti tersebut akan berkurangan didalam penilaian tapak yang seterusnya. 

Barang Tidak Pasang di Tapak ini ada dinyatakan didalam Syarat - syarat Kontrak seperti dalam JKR PWD dan juga dalam PAM serta syarat - syarat Kontrak yang lain.

Contoh Pengiraan Materials On Site