Sumber rujuk : http://www.assetinsights.net/Glossary/G_Net_Floor_Area.html
Pengiraan NFA amat penting dalam menentukan Nilai Hartanah atau Harga Sesebuah bangunan Komersial atau Perumahan. Pemaju biasanya akan menentukan Harga rumah untuk dijual berdasarkan NFA sesebuah Rumah / bangunan. Sebagai Contoh:
Rumah Berkeluasan bersih (NFA) 1000 kaki persegi dijual dengan Harga RM450 kaki persegi.
Oleh yang demikian, Harga rumah tersebut adalah RM 450,000.00.
NFA sepatutnya kurang daripada GFA. Rujuk Gambarrajah dibawah.
Nota: Pengiraan NFA yang biasa saya lakukan diambil 'center to center' dinding. Ini kerana jika diambil dari dinding ke dinding, saiz bangunan (Sebagai contoh Rumah) di tingkat bawah dan tingkat atas walaupun unit dan jenis yang sama akan berlainan.