Tuesday, April 18, 2023

JENIS - JENIS BATU BATA DAN IKATAN DINDING BATA

 

JENIS BATU BATA

Dalam pembinaan bangunan, dinding dibina menggunakan batu bata. Batu bata haruslah mempunyai ketahanan yang cukup dalam menampung daya yang diperlukan. Terdapat berbagai jenis batu bata yang biasa digunakan dalam industri pembinaan di Malaysia antaranya ialah:-

1. Normal Brick / Batu bata biasa

    Batu bata biasa ini biasanya diperbuat daripada 2 jenis bahan iaitu campuran tanah liat (clay brick)        dan juga campuran simen dan pasir (cement and sand brick). batu bata ini sesuai digunakan untuk        kegunaan     am sama ada untuk dinding bangunan, dinding dinding penahan (Retaining Wall) atau        dinding - dinding     yang akhirnya akan di plaster. Batu bata perlulah mempunyai ketahanan yang        cukup terutamanya               terhadap Api. 


   Ukuran standard Batu Bata 

2. Batu Muka / Facing Brick

    Batu bata jenis ini biasanya mempunyai spesifikasi yang sama dengan Batu bata biasa akan tetapi        mempunya permukaan kemasan yang lebih licin dan cantik. Disebabkan permukaan batu bata ini            licin dan cantik, ianya tidak perlu dilepa (plaster).

3. Batu Kejuruteraan / Engineering Brick

    Batu Bata jenis ini biasanya diperbuat hasil dari tanah liat bermutu dan juga bahan - bahan tambahan     yang lain. Ianya bertujuan untuk kerja-kerja binaan yang berat dan memerlukan kekuatan bebanan        yang besar, padat dan tidak serap air. Digunakan pada kerja-kerja kejuruteraan bawah tanah yang            menerima beban yang tinggi sebagai struktur utama atau struktur dinding yang terdedah kepada            kesan cuaca dan suhu yang berbeza.

4. Batu Tahan Api / Fire Block

    Bata api ialah jenis bata khusus, yang digunakan untuk mengalas atau melapik lubang cerobong,            dandang dan tanur, atau kerja-kerja lain di mana keadaan tahan haba diperlukan Batu bata ini dibuat     daripada tanah liat sabak yang haba atau suhu yang tinggi.

Terdapat berbagai lagi jenis batu bata yang ada sekarang seperti batu bata jenis AAC (Autoclaved Aerated Concrete), dan juga batu bata jenis ringan yang terdapat dipasaran.


JENIS IKATAN DINDING BATA    

Dalam membina sesebuah bangunan, jenis ikatan batu bata mempengaruhi rekabentuk bagi sebuah bangunan. Terdapat beberapa jenis ikatan batu bata yang biasa digunakan di dalam industri binaan Malaysia antaranya ialah:-

1. Ikatan Sisi Bata
2. Ikatan Kepala Bata
3. Ikatan Inggeris
4. Ikatan Flemish

    

Tuesday, January 3, 2023

Material On Site / Barang Tidak Pasang di Tapak


Kebiasaannya, setiap projek binaan memerlukan ruang atau bilik khas yang digunakan untuk menyimpan barang - barang yang sudah sampai di tapak binaan tetapi belum dipasang. Dalam istilah pembinaan, ianya dipanggil Barang tidak pasang di tapak. Kontrakor biasanya akan membuat pesanan dengan pihak pembekal untuk barang - barang tertentu seperti Besi Tetulang, Batu Bata, Simen dan lain - lain lebih awal bagi mengelakkan kenaikan harga di pasaran. Barang ini kemudian akan dihantar ke tapak dahulu bagi mengelakkan lambakan di tempat pembekal. 

Dalam sesebuah projek binaan, Kontaktor dibenarkan untuk membuat tuntutan bagi barang - barang ini setelah barang ini sampai ditapak. Jumlah tuntutan ini akan dikira berdasarkan nilai peratus yang telah dinyatakan dalam Kontrak atau semasa Tender. Kebiasaannya, nilai peratus yang digunakan adalam sebanyak 90% atau 75%.

Bagi tuntutan ini, pihak Kontraktor akan membuat tuntutan awal kepada pihak Perunding QS atau Klien dengan menghantar Tuntutan bulanan beserta "Delivery Order' (D.O) dalam tuntutan tersebut. dalam D.O tersebut ada dinyatakan berapa jumlah kuantiti barang yang telah sampai ditapak dengan pengesahan wakil tapak dari pihak Klien atau Perunding. Kemudian, pihak Perunding QS atau Klien akan membuat penilaian ditapak dengan mengesahkan bahawa kuantiti tersebut adalah seperti yang dinyatakan didalam D.O. jika barang tersebut telah digunakan ditapak, kuantiti tersebut akan berkurangan didalam penilaian tapak yang seterusnya. 

Barang Tidak Pasang di Tapak ini ada dinyatakan didalam Syarat - syarat Kontrak seperti dalam JKR PWD dan juga dalam PAM serta syarat - syarat Kontrak yang lain.

Contoh Pengiraan Materials On Site