Thursday, May 30, 2024

JENIS - JENIS KONTRAK

 

Dalam Industri binaan di Malaysia, terdapat beberapa jenis borang kontrak yang biasa diguna pakai untuk Syarat - syarat Kontrak antaranya ialah :-


1. JKR P.W.D FORM 203A

2. JKR P.W.D FORM 203

3. JKR P.W.D FORM DB

4. PAM CONTRACT (WITH QUANTITIES)

5. PAM CONTRACT (WITHOUT QUANTITIES)


Akan tetapi terdapat juga beberapa jenis borang kontrak yang ada antaranya ialah:-

1. IEM FORM OF CONTRACTS FOR CIVIL ENGINEERING WORKS

2. IEM FORM OF CONTRACTS FOR MECHANICAL AND ELECTRICAL ENGINEERING WORKS

3. THE FIDIC FORM OF CONTRACT


Post kali ini akan menerangkan serba sedikit berkenaan dengan 5 Borang Kontrak yang lazimnya digunakan didalam industri binaan di Malaysia.

1. JKR P.W.D FORM 203A

Borang kontrak ini banyak digunakan dalam projek - projek pembinaan di Malaysia terutama untuk projek - projek kerajaan. JKR PWD Form 203A sesuai digunakan bagi projek - projek pembinaan bangunan. Ini kerana ianya menyediakan satu standard terma dan syarat yang digunapakai secara meluas di dalam Pembinaan di Malaysia. Kontrak ini juga disusun secara jelas mengenai tanggungjawab dan hak dari setiap profesion yang terlibat dalam pembinaan selain terdapat prosedur yang jelas dalam menyelesaikan pertikaian jika berlaku di projek seperti Timbangtara dan juga Mahkamah.


2. PAM CONTRACT

Borang Kontrak PAM biasa digunakan dalam projek - projek swasta terutama bagi kerja - kerja bangunan. Kebanyakan pembinaan seperti perumahan, kompleks dan lain - lain bangunan amat sesuai digunakan. Ini kerana syarat - syarat yang terdapat didalam ni lebih kepada perlindungan kepada semua pihak selain terdapatnya pengurusan variasi dan tuntutan termasuk prosedur yang perlu dibuat. Seperti borang JKR, PAM juga mempunyai mekanisma untuk penyelesaian pertikaian yang mungkin timbul semasa projek dijalankan. PAM Contract juga boleh disesuaikan untuk pelbagai jenis projek pembinaan, dari projek kecil hingga projek besar dan kompleks. Ini memberikan fleksibiliti kepada pengguna untuk menyesuaikan dokumen mengikut keperluan spesifik projek.