Sunday, July 17, 2016

Keluasan Lantai Kasar (Gross Floor Area - GFA)


Keluasan Lantai Kasar sangat penting dalam menentukan Sesebuah bangunan termasuklah dalam pengiraan bajet sesebuah projek. Ini kerana sebelum rekabentuk sesebuah bangunan dimuktamadkan, kos per GFA akan diambil kira terlebih dahulu bagi menentukan keberkesanan sesebuah projek.

Luas lantai kasar juga dikira berlainan bagi sesebuah tempat atau Negara. Bukan itu sahaja, cara pengiraan ini juga didapati berbeza diantara Arkitek dan juga Juruukur Bahan.

Definisi Luas Lantai Kasar:

1 : Luas lantai kasar (GFA) adalah keluasan lantai keseluruhan di dalam bangunan yang dikira termasuk dinding luar, dan tidak termasuk luas bumbung.

2 : "All covered floor areas of a building, except otherwise exempted, and
uncovered areas for commercial uses are deemed the gross floor area of the
building for purposes of plot ratio control and development charge. The gross
floor area is the total area of the covered floor space measured between the
centre line of party walls, including the thickness of external walls but excluding
voids. Accessibility and usability are not criteria for exclusion from GFA."

Sumber dari : https://www.ura.gov.sg/uol/publications/technical/dc-handbooks/handbook-on-gross-floor-area.aspx

Ini bermakna, Luas Lantai Kasar boleh dikira berdasarkan kawasan yang ditutupi oleh dinding dan tiang. Kawasan yang ditutupi oleh bumbung sahaja tidak bole diambil kira sebagai GFA.


Bagi kawasan Lopong, (Void) ianya tidak dikira sebagai GFA. Akan tetapi, pada pendapat saya, bagi kawasan Tangga, ianya dikira sebagai GFA. (Rujuk gambarajah atas)

Thursday, June 2, 2016

Reinforcement Bar


Terdapat 2 jenis Reinforcement Bar yang kerap digunakan di Malaysia

1. High Tensile Reinforcement Bar (T)
2. Mild Steel Reinforcement Bar (R)

Dalam Post ini, saya cuma ingin berkongsi Poundage yang biasa saya gunakan dalam membuat estimate atau Taking Off

Basic Pondage for reinforcement estimate
Concrete Building Element Weight of reinforcement in kg/m3
Bases 90-130
Beams 250-350
Capping Beams 135
Columns 200-450
Ground Beams 230-330
Footings 70-100
Pile Caps 110-150
Rafts 115
Retaining Walls 110-150
Note: This is for Approximate Qty purpose and for checking the Quantity 

Poundage seperti yang di atas selalu digunakan dalam proses membuat estimate. Selalunya kuantitinya tidak akan jauh berbeza selepas lukisan detail daripada Jurutera diterima 

Monday, February 15, 2016

SEWAGE TREATMENT PLANT (STP)

Sewerage Treatment Plant adalah biasa digunakan dalam sebuah negara perindustrian termasuk rawatan utama untuk membuang bahan pepejal, rawatan sekunder untuk mencerna bahan organik serta nitrogen nutrien dan fosforus, dan ianya termasuk pembasmian kuman untuk membunuh Bakteria patogenik. Bahan kumbahan yang dihasilkan di loji rawatan kumbahan menjalani rawatan enapcemar.

STP digunakan bergantung kepada kapasiti PE (Population Equivalant). Setiap PE menggunakan Tangki yang berbeza. Pengiraan kapasiti PE adalah seperti dibawah:

Type of EstablishmentPopulation Equivalent
Residential5 per house
Commercial :
  Includes offices, shopping complex,
  entertainment / recreational centres,
  restaurants, cafeteria and theatres
3 per 100m2 gross area
School / Educational Institutions :
- Day schools / Institutions
- Fully residential
- Partial residential

0.2 per student
1 per student
0.2 per non-residential student
1 per residential student
Hospitals4 per bed
Hotel with dining and laundry facilities4 per room
Factories, excluding process water0.3 per staff
Market (Wet Type)3 per stall
Market (Dry Type)1 per stall
Petrol kiosks / Service stations15 per toilet
Bus Terminal4 per bus bay
Taxi Terminal4 per taxi bay
Mosque / Church / Temple0.2 per person
Stadium0.2 per person
Swimming Pool or Sports Complex0.5 per person
Public Toilet15 per toilet
Airport0.2 per passenger/day
0.3 per employee
Laundry10 per machine
Prison1 per person
Golf Course20 per hole

Maklumat lain berkenaan dengan STP boleh didapati di website IWK https://www.iwk.com.my/do-you-know/sewage-characteristics

Bagi pengiraan Septic Tank, Biasanya Cara Pengiraan dibuat seperti di Bawah:-

Contoh;

1 Kelas = 40 Pelajar.
Terdapat 10 Kelas di dalam sebuah Sekolah
Oleh itu, 40 x 10 = 400 Pelajar
Bahagi kan 400 dengan 8 = 50 P.E (untuk sekolah tersebut.)